Sunday, November 10, 2013

ANTARA ANWARINAS & ULAMA: MANA HALATUJU PAS?



Apa kecoh-kecoh ni PAS?

Sudah sekian lama PAS berada di bawah telunjuk golongan liberalis proksi Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahlinya sendiri. Bila sahaja ada isu berhubung kesucian Islam, suara golongan Anwarinas lebih lantang berbanding suara ulama sehingga timbul tanda tanya, adakah PAS memperjuangkan Islam atau memperjuangkan fahaman pluralisme yang ditunjangi Anwar Ibrahim?

Buktinya? Bila timbul isu kalimah Allah, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan mudah membenarkan ianya digunakan oleh bukan Islam sedangkan pendirian ini jelas bercanggah dengan pendirian Dewan Ulama PAS. Mat Sabu jugalah orang yang mengagung-agungkan perjuangan komunis Mat Indera sedangkan Mat Indera adalah antara pengganas yang bertanggungjawab membunuh anggota polis Melayu Islam di Bukit Kepong.

Begitu juga, bila Nurul Izzah dengan lancang mempersoalkan larangan untuk umat Islam murtad, maka Khalid Samad tampil mempertahankan Nurul Izzah dan menyokong pendirian songsang puteri kesayangan Anwar Ibrahim itu.

Agak hairan juga melihat perkembangan golongan Anwarinas di dalam PAS ini. Mat Sabu yang dahulunya adalah antara mereka yang paling anti dengan Anwar Ibrahim sehinggakan memberi jolokan Anwar al-Juburi kepada Anwar Ibrahim kini sudah boleh tidur sekatil dengan orang yang dituduhnya sebagai homoseksual itu.

Inilah bukti bahawa perjuangan Anwarinas seperti Mat Sabu dan Khalid Samad sebenarnya lebih berpaksikan kuasa dan bukannya untuk mengakkan kesucian Islam. Kerana wujudnya orang-orang seperti Mat Sabu dan Khalid Samad lah maka orang Islam sendiri memandang sinis perjuangan PAS.

Kini dalam Muktamar PAS ke 59 sudah jelas bahawa kem Anwarinas & kem ulama akan berlaga. Siapa yang bakal menang?

Untuk Timbalan Presiden, Mat Sabu dari kem Anwarinas akan menentang Nik Amar dari kem ulama.

Untuk Naib Presiden, Husam Musa dari kem Anwarinas adalah antara calon yang bertanding dan antara pencabar beliau ialah Tuan Ibrahim Tuan Man dari kem ulama.

Keputusan Muktamar PAS ke 59 akan menentukan halatuju PAS. Adakah mereka akan terus menjadi kerbau dicucuk hidung dan menurut sahaja telunjuk Anwar dan sekutunya dalam DAP atau adakah mereka akan kembali ke perjuangan asal dan memperjuangkan Islam tanpa kompromi.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Apa kecoh-kecoh ni PAS?

No comments:

Post a Comment